cerita best2 disini!

Wednesday, 23 January 2013

Ringkasan jurnal refleksi minggu pertama praktikum..

act byk yg ak ngarott nk wt jurnal ni dengan ayatnya lintang pukang sbb ak mmg trok tahap gaban la bm. bkn takat bm! bi lg la meroyan xsdr diri ak merepek. alahai harap maklum i will try to go mn2 clas yg leh wt penulisan ak mantop skit nnti. tapi dimana seyh?? sapa ada idea nk tlg ak pless2 tell me what i have to do bg improve atok moyang ucu icit penulisan ni mihihihi. ok bace jgn ketawa!


Minggu praktikum : 1
Tarikh peristiwa : 25 jun hingga 29 jun 2012
Tajuk jurnal : etika pemakaian

1. Masalah
Pada minggu pertama ini saya telah melaporkan diri di sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati, Setapak Kuala Lumpur. Pada hari yang ketiga guru penolong kanan Hem iaitu puan asiah Bt. Zainal Abidin berbincang dengan guru-guru subjek mana yang perlu diambil alih oleh saya. Saya telah diamanahkan dan diberi tanggungjawab oleh Guru Penolong Kanan  dan dua orang  guru pembimbing iaitu Puan Farah Bt Zulkifli dan Puan Norsiah Farwarni untuk mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup tingkatan 2 dan Ekonomi Asas tingkatan 4. Hasil perbincangan dengan mereka, saya menerimanya dan bersetuju dengan apa yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
            
               Pada hari ke-5 saya dan rakan saya bercadang untuk memakai jubah kerana mengingatkan hari tersebut merupakan hari jumaat. Sesampainya kami di bilik guru semua guru memandang kami dengan perasaan aneh dan beberapa seketika seorang guru menegur bahawa sekolah ini semua guru tidak dibenarkan memakai jubah kerana ia bukan pakaian formal. Saya terkesima seketika kerana tidak pernah mengetahui bahawa jubah bukan pakaian formal. Dan sepanjang saya belajar di UPSI tidak pula dipertikaikan mengenai jubah bukan pakaian formal dan ramai saya lihat terutamanya pelajar pendidikan islam memakai pakaian jubah mungkin semasa penerangan taklimat praktikum saya tidak memberi perhatian membuatkan saya terlepas pandang mengenai perkara ini. Apabila berjumpa dengan penolong kanan ingin memohon maaf kerana tidak mengetahui tentang etika pakaian kami kerana memang tidak pernah mengetahui tentang akta pemakaian tersebut. saya dan rakan saya disegarakan pulang kerumah untuk tukar kepada pakaian formal kerana memang secara asasnya jubah memang tidak boleh dipakai.

2. Analisis
Saya merasakan kenapa pakaian jubah bukan dikategorikan pakaian formal kerana pakaian itu senang dipakai dan ia tidak melambangkan seperti pakaian formal dan kelihatan santai.

3. Cadangan
    Saya sepatutnya dari awal membaca mengenai etika pemakaian supaya tidak berlakunya perkara sedemikian.selain itu pihak yang terlibat haruslah mengeluarkan akta pemakaian secara meluas supaya semua pekerja kerajaan mematuhinya etika pemakaian formal kerana ada sesetengah sekolah masih ada lagi guru yang memakai jubah dan apabila bertanya kenapa boleh digunakan dan mereka menjawab sekolah mereka boleh digunakan dan tidak dikuatkuasakan lagi mengenai isu/akta/etika itu.

     4. Tindakan susulan
Saya akan memastikan selepas ini apa sahaja yang berkaitan dengan pembaharuan yang dikuatkuasakan akan diketahui dengan segera. 

ak ingatkan bg la peluang pakai sampai balik tetapi mmg harapan kne blik gak muahaha.. knp bj kebaya ketat merupakan pakaian formal? sptnya xleh kn.. haha.. men entam keromo je ak nk usulkn idea! ok ni part lau nk tmbh dlm bisikan ati bole.. bisikan ati ni apa yg kte xpuasti yg ckp dlm ati kte luahkn blik kt jurnal refleksi.. tp ak x wt kot.. kot la..

ok jubah ni la iooolsss pkai n msih musykil la..apala yg ak musykilkn.. abaikan pp yg tembam tu ok.. pic diambil tme datang skul smula cz ada hal n smua dak skul cuti.

p/s : ak xtau la betol x JRM ak wt ni betol ke enggak.. ase mcm xtol tp yg penting ak wt skit n tme clas t edit la blik.. kwn ak yg bace tu sila beri tnjuk ajar erk lau2 ak slh isi ke.. slh ckp ke.. apa yg slh meh tego je erk.. :D



3 comments: